Selasa, 9 Jun 2009

Macamana nak buat akaun email percuma

Zaman era IT berinternet, menyediakan perkhidmatan peti surat maya atau lebih dikenali sebagai email. Email berfungsi seperti peti surat anda. Jika ada kawan-kawan ingin menghantar surat, gambar, dokumen dan fail-fail kepada anda, hanya perlu alamatkan ke alamat email anda seperti ahmadathif@gmail.com.

Terdapat banyak laman web yang memberikan perkhidmatan email percuma. Senarai email-email percuma di sini.

Di sini saya hendak tunjukkan cara-cara untuk mendaftar akaun email percuma. Saya gunakan contoh email Gmail.com yang dimiliki oleh laman web google.

1. Taipkan http://www.google.com/ di enjin carian.

2. Klik perkataan "gmail"

3. Klik "create an account"

4. Klik bahagian bahasa : tukar ke bahasa Malaysia

5. Isikan maklumat yang dikehendaki. Pastikan anda klik butang "keberdapatan" ia menggunakan bahasa Indonesia yang bermaksud alamat email anda unik - belum ada orang lain menggunakan alamat email tersebut. Jika sudah ada orang lain menggunakannya, anda perlu menukarkan alamat email sehingga berjaya.

6. Selepas selesai isi maklumat klik butang "saya terima buat akaun saya" Ini adalah langkah terakhir - ucapan TAHNIAH jika nada telah berjaya membuat akaun email.

7. Contoh akaun email anda.

Harap info ini dapat membantu untuk anda yang baru berjinak-jinak dengan dunia internet

























Seja o primeiro a comentar

Catat Ulasan

Macamana Nak Buat, Tips, Petua - How to ©Template Blogger Green by Dicas Blogger.

TOPO