Isnin, 8 Jun 2009

Kerongsang Kekal Lama

Setiap wanita yang bertudung pasti memakai kerongsang untuk dijadikan pin tudung supaya lebih kemas dan anggun. Terdapat banyak jenis dan harga kerongsang bergantung kepada corak, batu, gemerlipan dan juga saiz kerongsang. Kata orang lebih mahal lebih kekal lama dipakai. Tetapi kebenarannya sukar diramal.

Di sini saya ingin berkongsi tips untuk lebih kekal dan tahan lama untuk dipakai. Selepas beli kerongsang, sebelum dipakai, sapukan kerongsang dengan cecair pengilat pewarna kuku agar kerongsang kelihatan nuetral.

Fungsinya supaya cecair pengilat pewarna kuku tadi menjadi penghalang
daripada kerongsang tersebut mudah tertanggal dari bekasnya. Antara tips yang lain, apabila membasuh tudung atau pakaian yang menggunakan kerongsang perlulah kerongsang ditanggalkan dari tudung atau pakaian tadi agar tidak rosak ketika proses membasuh dilakukan.

Seja o primeiro a comentar

Catat Ulasan

Macamana Nak Buat, Tips, Petua - How to ©Template Blogger Green by Dicas Blogger.

TOPO