Rabu, 10 Jun 2009

Hantar Faks Keluar Negara

Adakah anda tahu bagaimana hendak menghantar faks keluar negara seperti Indonesia, Nepal atau lain-lain negara? Walaupun zaman IT kita mempunyai kemudahan menghantar email yang begitu cepat dan jelas tetapi sesetengah perkara atau urusan penting masih memerlukan pengiriman faks.

Hari ini saya akan ajar bagaimana menghantar faks.

Antara item-item yang perlu ialah

-Perlu ada mesin faks dan talian faks. Boleh menghubungi pusat TM untuk urusan pendaftaran talian faks.-Perlu ada no telefon destinasi penerima dan kod negara.

Cara-cara:

1. Dail 101 pilihan 1 - Bahasa Melayu 2- Bahasa Inggeris

2. Lepas pilih 1 Destinasi panggilan 1- Tempatan 2- Antarabangsa

3. Lepas pilih 2 Cara panggilan 1 - Sambungan panggilan 2- Pindah Bayar 3- Faks 4- Operator

4. Lepas pilih 3 akan disambungkan pada operator dan beri no destinasi dan kod negara.

Selesai tapi awas bil telefon anda akan dicaj bayaran mengikut minit bergantung pada negara penerima.

Baca lagi...

Selasa, 9 Jun 2009

Macamana nak buat akaun email percuma

Zaman era IT berinternet, menyediakan perkhidmatan peti surat maya atau lebih dikenali sebagai email. Email berfungsi seperti peti surat anda. Jika ada kawan-kawan ingin menghantar surat, gambar, dokumen dan fail-fail kepada anda, hanya perlu alamatkan ke alamat email anda seperti ahmadathif@gmail.com.

Terdapat banyak laman web yang memberikan perkhidmatan email percuma. Senarai email-email percuma di sini.

Di sini saya hendak tunjukkan cara-cara untuk mendaftar akaun email percuma. Saya gunakan contoh email Gmail.com yang dimiliki oleh laman web google.

1. Taipkan http://www.google.com/ di enjin carian.

2. Klik perkataan "gmail"

3. Klik "create an account"

4. Klik bahagian bahasa : tukar ke bahasa Malaysia

5. Isikan maklumat yang dikehendaki. Pastikan anda klik butang "keberdapatan" ia menggunakan bahasa Indonesia yang bermaksud alamat email anda unik - belum ada orang lain menggunakan alamat email tersebut. Jika sudah ada orang lain menggunakannya, anda perlu menukarkan alamat email sehingga berjaya.

6. Selepas selesai isi maklumat klik butang "saya terima buat akaun saya" Ini adalah langkah terakhir - ucapan TAHNIAH jika nada telah berjaya membuat akaun email.

7. Contoh akaun email anda.

Harap info ini dapat membantu untuk anda yang baru berjinak-jinak dengan dunia internet

























Baca lagi...

Isnin, 8 Jun 2009

Kerongsang Kekal Lama

Setiap wanita yang bertudung pasti memakai kerongsang untuk dijadikan pin tudung supaya lebih kemas dan anggun. Terdapat banyak jenis dan harga kerongsang bergantung kepada corak, batu, gemerlipan dan juga saiz kerongsang. Kata orang lebih mahal lebih kekal lama dipakai. Tetapi kebenarannya sukar diramal.

Di sini saya ingin berkongsi tips untuk lebih kekal dan tahan lama untuk dipakai. Selepas beli kerongsang, sebelum dipakai, sapukan kerongsang dengan cecair pengilat pewarna kuku agar kerongsang kelihatan nuetral.

Fungsinya supaya cecair pengilat pewarna kuku tadi menjadi penghalang
daripada kerongsang tersebut mudah tertanggal dari bekasnya. Antara tips yang lain, apabila membasuh tudung atau pakaian yang menggunakan kerongsang perlulah kerongsang ditanggalkan dari tudung atau pakaian tadi agar tidak rosak ketika proses membasuh dilakukan.
Baca lagi...

Sabtu, 6 Jun 2009

Kongsi Informasi

Diharapkan para pembaca blog ini mendapat manfaat dari ilmu yang dikongsi di sini. Jika terdapat sebarang komen atau cadangan dari pembaca, amat dialu-alukan.

Jika ada sebarang tips yang hendak dikongsikan boleh email kepada kami di biddeen@gmail.com.
Baca lagi...

Macamana Nak Buat, Tips, Petua - How to ©Template Blogger Green by Dicas Blogger.

TOPO